SYAIR ANAK MERDEKA - Kera Sumbang

Latest

Cuba cakap dalam bahasa mudah.

Sabtu, Oktober 06, 2012

SYAIR ANAK MERDEKA






Lima puluh tahun negara merdeka
Masa yang lalu dingat sentiasa
Susah derita pejuang bangsa
Menentang penjajah tak kira masa.

Masih kuingat ketika dulu
Bendera berkibar di tangan tuanku
Laungan keramat menusuk di kalbu
Itulah bukti merdeka negaraku.

Apa ertinya kita merdeka
Jika fikiran sentiasa leka
Lebih sedihnya ada derhaka
Budaya penjajah itu yang disuka.

Bukti merdeka di tangan kita
Berusaha gigih majukan negara
Tidak mengharap ehsan semata
Membangun dalam acuan kita.

Tingkatkan ilmu dan juga agama
Iman dan amal usahakan bersama
Merdeka kita lebih bermakna
Pertahankan ia selama-lama



 MOHD  HANIF HASHIM

Tiada ulasan: