Kepelbagaian Bentuk Pantun - Kera Sumbang

Latest

Cuba cakap dalam bahasa mudah.

Selasa, Oktober 02, 2012

Kepelbagaian Bentuk Pantun





Pantun Dua Baris

Pinggan tak retak nasi tak dingin,
Engkau tak hendak aku tak ingin.

Pantun Empat Baris

Tingkap papan kayu bersegi,
sampan sakar di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Pantun Enam Baris

Apa diharap padi seberang,
Entah berderai entah tidak,
Entah dimakan pipit melayang;
Apa diharap kekasih orang,
Entah bercerai entahkan tidak,
Entahkan makin bertambah sayang.

Pantun Lapan Baris

Sejak berbunga daun pandan,
Banyak tikus di permatang,
Anak buaya datang pula,
Daun selasih tambah banyak;
Sejak mula dagang berjalan,
Tidak putus dirudung malang,
Banyak bahaya yang menerpa,
Namun kasih berpaling tidak.


 sumber buku Pemilihan Kata dalam Pantun Melayu (Amat Juhari Moain)
 


 Mohd Ainul Fikri Mohd Suffian
PISMP BM

Tiada ulasan: