Kata Pemeri - Kera Sumbang

Latest

Cuba cakap dalam bahasa mudah.

Selasa, September 06, 2011

Kata Pemeri



Kata pemeri ‘ialah’ digunakan secara persamaan dan hadir di hadapan frasa nama seperti dalam ayat berikut:
“Itu ialah suara Edah”.
‘Ialah’ dalam ayat ini merupakan persamaan antara subjek ayat ‘itu’ dan predikat ayat ‘suara Edah’ yang merupakan frasa nama.

‘Adalah’ pula, digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, seperti dalam ayat berikut:
“Vitamin C adalah baik untuk kesihatan badan”.
‘Adalah’ dalam ayat ini menghuraikan ‘vitaminC’ yang hadir sebelum frasa adjektif ‘baik untuk kesihatan badan’.


Tiada ulasan: