Penggunaan 'Baru' dan 'Baharu' - Kera Sumbang

Latest

Cuba cakap dalam bahasa mudah.

Sabtu, Ogos 06, 2011

Penggunaan 'Baru' dan 'Baharu'

Sepatutnya, "Selamat Tahun Baharu Cina"

Penggunaan perkataan 'baru' dan 'baharu' telah membangkitkan kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu. Kesepadanan penggunaan perkataan tersebut bakal menjadi satu kesalahan dalam sesuatu konteks ayat. Kebanyakan penulis keliru dengan penggunaan 'baharu' dengan menganggap perkataan tersebut merupakan penggunaan terbaru yang menggantikan perkataan 'baru'.

Namun harus disedari bahawa perkataan 'baru' dan 'baharu' merupakan dua perkataan dalam golongan yang sama, iaitu kata adjektif namun perkataan-perkataan tersebut menggendong makna atau maksud yang berbeza.

Penggunaan perkataan 'baharu' membawa makna new. Ini boleh dilihat dalam konteks ayat, "basikal baharu". Perkataan 'baru' pula boleh jadi kata adjektif ataupun kata bantu mengikut kesesuaian dalam konteks ayat. Antara contoh penggunaannya ialah;
  1. Baru-baru ini; perkataan baru-baru membawa maksud recently.
  2. Baru berlepas; perkataan baru merujuk kepada makna just.

Oleh:
Nur Idayu binti Mat Jusoff

Tiada ulasan: