Terima Kasih! - Kera Sumbang

Latest

Cuba cakap dalam bahasa mudah.

Selasa, Julai 26, 2011

Terima Kasih!


Daripada suku kata TERIMA dan KASIH. Perkataan tersebut digunakan ketika mana kita menghargai pertolongan atau pemberian dari seseorang. Fikirku, ianya mungkin dari singkatan ucapan “Terimalah kasihku!“. Oh, bersopannya masyarakat kita berbahasa! Bukankah itu sebaik kata-kata untuk diungkapkan atas tanda penghargaan? Maka yang menerima ucapan tersebut pula membalas “SAMA-SAMA“, seperti ingin mengatakan “Sama-samalah kita berkasih sayang“.

Tidakkah bahasa kita begitu indah?

Oleh: 
Nor Hashida binti Abd Wahab

Tiada ulasan: